Sunday, July 29, 2012

Terima Kasih Malaysia vs Aku Cinderella


Cewah, cam poyo2 kan tajuk entri aku ni. Saja je aku nak tujukan kepada sesiapa yang sudi menyinggahkan diri ke blog aku yang serba kekurangan ni. Maklumla, aku ni bukan pandai sangat nak menulis. Semuanya lahir dari kepala aku yang tak berapa nak betul ni.

Hari tu aku ada satu game kat Larkin. Rasa kecewa sikit la sebab aku hanya mampu bawa balik pingat perak je. Tapi kira ok la sebab tak bajet pun leh sampai akhir. Cuma ralat sikit sebab kalah tipis. Nervous punya pasal sebab kena lawan team yang ada player Malaysia. Dan yang paling sedih sebab dah hampakan U aku, sebab diaorang target emas. Rasa kecewa gila2 punya la. Tak apa2, aku berazam nak try harder tahun depan. InsyaAllah U aku bawa balik pingat emas nanti. Cewah!! Ala, tak salah nak bagi semangat kat diri sendiri kan. Hohoho.

Tengah2 bulan puasa ni, bosan la pula dok umah je. Asyik kena tolong bonda masak je. Ayahanda pula bising2 kalau rumah tak kemas. Tahukah wahai ayahanda, anakanda mu ini dah bosan asyik mengemas rumah je, sudahnya bersepah balik disebabkan anakandamu yang lain. Rasa macam Cinderella la pula. Bezanya aku tak ada adik beradik dan mak tiri yang kejam.

Kalau la ada fairy godmother tu, aku mintak dia tukar rumah aku jadi cantik, kemas. Ada vacuum yang boleh bergerak sendiri. Pinggan mangkuk cuci sendiri. Cermin tingkap ada wiper, takyah susah2 nak lap. Yang paling penting baju2 tu cuci sendiri, takyah aku penat2 nak masuk, tekan butang bagai. Sidai dan lipat sendiri. Tak ke heaven namanya tu, hahahaha. Yang putera tu pula, aku tolak tepi. Setakat nak pulangkan balik kasut kaca takyah. Aku nak castle tu sekali. Ewah, kemain demand ye aku ni. Bila aku cakap macam ni mesti korang pon terfikir macam ni kan.

" Betul gak cakap dia ni. Boleh guna idea tu, bijak2. Otak bergeliga, leh buat batu cincin ni".

Ha, betul tak cakap aku? Lupakanlah angan2 nak jadi cinderella macam dalam cerita fairy tales tu, tak wujud hero nak selamatkan korang la. Kalau jumpa fairy godmother tu, buat je macam aku, gunakan sebaiknya. Hahaha.

 p/s : fairy godmother tak wujud pun, so jangan nak berharap. sekadar cerita mengisi masa lapang aku je ^__^

No comments:

Post a Comment