Thursday, October 4, 2012

Aku Bengang Nak Mampos


Ha, ngeri kan baca tajuk entri aku kali ni. Dah lama simpan sakit hati ni, baru hari ni berkesempatan nak luahkan segala yang terbuku umpama sebuku roti dalam hati aku ni. Dah padat sangat, tak larat nak simpan. Nak luahkan pasal seorang kawan aku ni merangkap housemate aku. Dia agak macam lembut la sikit, tak macam aku yang lebih kurang kingkong. Kerja aku nak memekak and mengamuk sekali. Dia juga kemas and pembersih orangnya. Kemas? Bersih? Cupp, ni yang aku nak cerita.

Memang la dia kemas, tapi kemas bilik dia je. Mula-mula dok rumah ni, ada gak la dia sapu, mop sekali. Lepas seminggu, hampeh. Tak buat dah. Kalau ada pun, dapur jela. Sebab tu memang tempat kitaorang bertenggek pun kan, demi mencari sesuap nasi bagi setong drum besar perut kami ni. Memang tak dinafikan dia ada bawa banyak barang untuk rumah ni, tapi kalau macam ni la wei, amik la balik barang tu. Aku tak kisah. Aku pun bawa banyak gak. Kerja dia dok dalam bilik je, lepas tu tutup pintu. Dey tambi, kalau dah dok 1 rumah sewa dengan kawan-kawan, tolong la bergaul sikit. Masalahnya kitaorang ni kawan ko dari sem 1 kot, bukan baru 1 or 2 hari kenal. Dahla dapat bilik seorang pula tu, lagi tak adil. Bayar sewa semuanya sama. Aku ni dok la menyempit 2 orang dalam bilik. Nak study pun kena melepak kat luar. Takpe, lagi aku suka.

Yang tak boleh blah tu, ada 1 hari blackout. Kitaorang bertiga dok la kat ruang tamu tu, panas kan. Dah la gelap gulita, lubang hidung kawan aku pun aku dah tak nampak. Kitaorang berborak la, sambil-sambil buat assignment. Dahsyat kan kitaorang, buat kerja dalam gelap. Pelajar contoh ni, huh!! (Kembang kempis hidung sambil tepuk bahu sendiri). Biasa la kalau dah buat kerja tu mesti la ada gurau manja gitu, gelak la macam orang gila. Lepas tu, keluar la si kawan aku ni A, dok lepak sekali dengan kitaorang. Kawan B aku ni pula tegur la dia, tapi aku tak ingat dia cakap apa. Yang si A ni boleh membalas, " Korang bising nak mampus". And ada la lagi kesinambungan apa yang dia cakap tu. Kiranya dia tak boleh tidur sebab kitaorang bising. Dey tambi!! (kali ke-2 dah ni. Cukup 40 kali betul2 betuko budak ni kang). Baru pukul 8 lebih kot, tidur jadahnya. Kitaorang bising sebab buat kerja bukan melepak bergurau tak tentu pasal!! Ha, kan aku dah keluar aura kingkong aku.

Aku memang dah banyak bersabar denga dia ni, dari sem 2 lagi Tapi aku senyap je. Ikot aku dengan kawan C aku tu, kitaorang memang tak nak duduk dengan dia. Tapi kesian pula, dia macam takde kawan lain selain kitaorang. Dalam geram + kesian, kitaorang pilih kesian. Lepas tu, aku pula jenuh nak kesian diri sendiri. Arghhhhhh!!! Dah sesuka hati dok arah-arah aku. Aku amat bencilah arahan ni. Bajet aku lahir ni nak ikut arahan orang je ke? Aku pun tak pernah nak arah-arah kau. Kalau nak buat la sendiri. Aku pun buat semuanya sendiri. Baru sebulan dok 1 rumah aku dah rasa tak boleh blah. Macam mana nak tahan lagi 2 tahun. Mummy, please help me. 

Moral of the story, korang kalau rasa tak boleh nak go dengan orang tu, tak payahlah nak baik-baik. Kesian dulu kat diri korang sebelum nak kesian kat orang lain. Bukan aku tak galakkan baik dengan orang, memang korang kena baik dengan orang pun. Just pandai-pandai la pilih siapa korang nak rapat. Jangan jadi macam aku. Penat nak tahan perasaan. Memang aku tak nafikan aku ni annoying, tapi aku kurang sikut annoying dari kau kot, hahahaha. (citt, ayat nak menang gak). Dahlah, macam dah tahap mengumpat lak aku ni. aku nak melahap dulu. 

p/s : I tak suka la orang seksi-seksi dalam rumah ni. Please tutup la sikit, buta I macam ni.

Sunday, July 29, 2012

Terima Kasih Malaysia vs Aku Cinderella


Cewah, cam poyo2 kan tajuk entri aku ni. Saja je aku nak tujukan kepada sesiapa yang sudi menyinggahkan diri ke blog aku yang serba kekurangan ni. Maklumla, aku ni bukan pandai sangat nak menulis. Semuanya lahir dari kepala aku yang tak berapa nak betul ni.

Hari tu aku ada satu game kat Larkin. Rasa kecewa sikit la sebab aku hanya mampu bawa balik pingat perak je. Tapi kira ok la sebab tak bajet pun leh sampai akhir. Cuma ralat sikit sebab kalah tipis. Nervous punya pasal sebab kena lawan team yang ada player Malaysia. Dan yang paling sedih sebab dah hampakan U aku, sebab diaorang target emas. Rasa kecewa gila2 punya la. Tak apa2, aku berazam nak try harder tahun depan. InsyaAllah U aku bawa balik pingat emas nanti. Cewah!! Ala, tak salah nak bagi semangat kat diri sendiri kan. Hohoho.

Tengah2 bulan puasa ni, bosan la pula dok umah je. Asyik kena tolong bonda masak je. Ayahanda pula bising2 kalau rumah tak kemas. Tahukah wahai ayahanda, anakanda mu ini dah bosan asyik mengemas rumah je, sudahnya bersepah balik disebabkan anakandamu yang lain. Rasa macam Cinderella la pula. Bezanya aku tak ada adik beradik dan mak tiri yang kejam.

Kalau la ada fairy godmother tu, aku mintak dia tukar rumah aku jadi cantik, kemas. Ada vacuum yang boleh bergerak sendiri. Pinggan mangkuk cuci sendiri. Cermin tingkap ada wiper, takyah susah2 nak lap. Yang paling penting baju2 tu cuci sendiri, takyah aku penat2 nak masuk, tekan butang bagai. Sidai dan lipat sendiri. Tak ke heaven namanya tu, hahahaha. Yang putera tu pula, aku tolak tepi. Setakat nak pulangkan balik kasut kaca takyah. Aku nak castle tu sekali. Ewah, kemain demand ye aku ni. Bila aku cakap macam ni mesti korang pon terfikir macam ni kan.

" Betul gak cakap dia ni. Boleh guna idea tu, bijak2. Otak bergeliga, leh buat batu cincin ni".

Ha, betul tak cakap aku? Lupakanlah angan2 nak jadi cinderella macam dalam cerita fairy tales tu, tak wujud hero nak selamatkan korang la. Kalau jumpa fairy godmother tu, buat je macam aku, gunakan sebaiknya. Hahaha.

 p/s : fairy godmother tak wujud pun, so jangan nak berharap. sekadar cerita mengisi masa lapang aku je ^__^

Friday, June 29, 2012

Entry Kelakar Buek Aku Malu

Bila aku baca balik sume entri2 yang penah aku buat, kelakar pon ada. Oleh sebab kelakar + cam bodoh2 alang, aku pun taknak publish. Biar jadi draft jela. Rasa malu bila baca. Tak sangka pula entri yang paling sengal tu ramai pulak yang baca. Bak kata orang nogori, "buek malu jo." Aku ni bukan pandai sangat nak menulis ni, saja buat luahan perasaan kat sini. Bukan ada siapa2 pun yang kenal aku. 

Mesti korang macam curious nak tahu entri mana yang mendapat sambutan hangat2 tahi ayam pembaca tu kan. Aku malas nak bagitahu. Kalau aku bagitahu pun, bukan korang boleh tengok. Kakaka. Biar la entri modo (bodoh) tu jadi pekasam. Tapi kalau nak tahu gak, tunggu la ye. Nanti bila aku dah tua, aku bagi la password blog ni kat cucu aku, suruh dia publish. Itu pun kalau korang masih ada lagi kat dunia ni and masih berminat dengan entri modo tu. Dan kalau aku masih ingat lagi passwordnya time tu :p

So, kepada sesiapa yang baca, jangan berharap sangat la yang aku akan tulis cerita best2 sebab aku bukan novelis macam Ramlee Awang Mursyid. Leh tulis cerita thriller2. Jangan kata triller, romantik pun aku tak tahu. Al maklumlah, jiwa masih suci murni lagi dari cinta2 beruk monyet ni. Tak caya aku tak pernah bercinta? Percayalah!!! << sila sebut seperti nyanyian Siti Nurhaliza. Uik, aku mana reti bercinta-cinta ni. Nak fokus study dulu atenya (katanya). Aku kan pelajar contoh, cemerlang, gemilang dan terbilang. Yela2, aku tahu korang nak muntah kan. Dipersilakan gi toilet. Jalan terus lepas tu kona (belok) kiri. Nampak signboard tandas awam tu, sila bayar 30sen ye.

Cakap pasal cinta ni, dah 2 orang kawan baik aku kahwin. Mest pelik kan, ape kena mengena dengan tajuk entri ni. Haa, mesti la takde kena mengena. Suka hati aku la nak cerita apa pun. Maap2, saya nampak cik akak yang tocang 2 tu dah berasap2 telinga. Ok, berbalik pada cerita 2 orang kawan aku tu, sorang dah jadi mak buyung. Sorang lagi baru je kahwin. aku taknak cerita kawan aku yang dah mengandung tu. Biarkan dia, kita cerita pasal lagi sorang ni ye.

Dipendekkan cerita, satu hari dia datang ke rumah aku. Masa tu aku tak ada, aku kat u. Tengah berhempas pulas telinga kawan aku, hohoho. Ok, tak kelakar. Aku tengah sibuk dengan projek ala2 mega aku tu. Dia pun datang nak bagi kad jemputan kahwin. Masa dia datang tu, dia jerit sekuat hati jantung peparu dan juga limpa dia, "makcik pakcik, saya nak kahwin." Punya la excited dia nak kahwin. Tak payah dah susah2 nak bagi kad jemputan, 1 kampung dah dengar dia jemput. Dah la perempuan, aishh. Tak habis2 la dengan kesengalan kawan aku sorang ni. Apa2 pun, dia kawan yang best, kutuk la macam pun, lampi (lambat pick up). Kalau aku bohong pun dia caya, teruk bedul kawan aku tu. Hope lepas kahwin ni hilang la bendul tu ye, hehehe. Harap perkahwinan kau berkekalan sampai la ke hujung nyawa. I leb u my friend ^__^ So, dengan ini tamatlah cerita aku. Nak tidur, esok nak berlepas ke Larkin la pulak. Maklumla bisnes beso (haktuihhh!!!!!).

p/s : tak tahu nak p/s apa. hahahaha. selamat malam semua.

Monday, June 4, 2012

Peminat Lagu Korea


Assalamualaikum w.b.t.

Hai2, dah lama tak merapu kat sini kan. Hari ni nak merapu pula pasal Korea. Kalau korang tengok kat tepi kiri kanan entry aku ni pon korang dah leh agak aku ni minat Korea kan. Aku ni salah seorang peminat cerita Korea, lagu2 dia, penyanyi laki dia yang hensem. Kalau yang perempuan aku tak minat sangat sebab seksi kemain (bukan main) lagi. Tapi aku minat dengan bape orang pelakon perempuan dia macam Park Shin Hye, yang berlakon dalam You're Beautiful dan Heartstrings. Aku minat gak dengan Sun Ah. Kalau yang laki, usah di kata la, berlambak, hahaha.

Kalau tengok kat sebelah kiri, ada gambar laki tu nama dia adalah Onew, dari kumpulan SHINee. Aku sangat2 minat dia. mesti korang tertanya2 kan, apa best sangat dia ni. Ada gak yang cakap "Mamat berak tak basuh ni juga yang ko minat, apa jadahnya. Takde laki Melayu lagi dah ke". Jawapan aku senang je, "dah aku punya suka, nak wat macam ne". Dia sangat2 la kelakar orangnya, main suka hati je nak buat apa, tak kaber(cover) langsung. Tu yang buat aku suka dia, nampak tak hipokrit (tak tahu la realiti dia macam mana). Aku ada gak FB pasal kumpulan SHINee ni.

Kalau yang sebelah kanan ni, aku ada letak lagu2 dari kumpulan CN Blue. Lagu2 diaorang memang best, beza sikit la dari SHINee sebab diaorang ni band boy. Kalo korang tak caya, try la dengar. Mungkin 1st time dengar agak pelik sikit, tapi dah 2 3 kali dengar korang mesti boleh adapt punya la, siap leh ikot nyanyi2 lagi, hehehe. 

Aku ni bukan nak menggalakkan orang minat penyanyi Korea ni, just nk bercerita je. Ikot korang la nak minat ape pun, tak salah. Cuma jangan terlalu minat sampai abaikan semuanya :)  Tapi aku ni agak dahsyat juga la minat, sampai join semua forum, hohoho. Tapi semua tu just untuk halwa telinga, nak tahu perkembangan. Tak salah meminati sesuatu asalkan kita tak melampaui batas, tak gitu? hehehe.

Lain kali la aku cerita lagi pasal Korea ni sebab ada banyak kerja tak buat lagi ni. Nak exam tapi hampeh 1 ape pun tak study sebab dok layan benda2 Korea ni (haa, jangan jadi macam aku).

p/s : lagu2 diaorang memang best. kan best kalo lagu2 kat sini macam lagu diaorang. walaupon aku xpaham, tapi aku leh terima and aku leh terus nak cari maksud liriknya.

Friday, February 24, 2012

Indahnya Perkahwinan


Assalamualaikum w.b.t

Lamanya dah tak menulis. Hari ni tiba-tiba je rasanya nak menulis sebab seorang kawan. Hari ni dia akan bersanding. Wah, dah selamat jadi isteri orang. Aku juga yang single lagi. Bila la turn aku ye. Tapi sedih tak dapat datang wedding dia sebab jauh. Kan best kalau kau kahwin masa aku kat rumah, bukan bila aku dah balik u. Kalau aku nak balik, mesti abah aku kapak aku sebab baru je seminggu aku balik u, dah nak balik rumah.  

Bila kahwin ni banyak kebaikannya. Bila mesej suami, dapat pahala. Cium tangan suami pun dapat pahala. Suami pula kalau kucup dahi isteri dapat pahala. Seperti tindakan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri baginda, Aisyah. Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan Ramadha sekalipun. Aisyah ada meriwayatkan hadis :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya : 
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Allah mencipta manusia ni berpasangan. Jadi, berusahalah cari pasangan kita.
 Firman Allah S.W.T.
" Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui " (Yassin : 36) 

Beruntunglah sesiapa yang dah jumpa teman hidup. Kepada sesiapa di luar sana, kalau dah jumpa jodoh, kahwin la cepat-cepat. Bukan apa, untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Tak perlu risau cakap-cakap orang sekeliling dah. Nak jalan-jalan pimpin tangan, peluk bahu isteri pun tak apa. Semua dah jadi halal. Best kan. 

Tiba-tiba rasa macam nak cari calon je sekarang ni, hahaha. Haa, kan dah keluar aura gatal aku ni. Tengok kawan-kawan yang dah kahwin ni, rasa cemburu gak. Happy je dengan pasangan masing-masing. Anak pun comel. Semoga kawan-kawan sentiasa bahagia dengan perkahwinan yang dibina dan melahirkan zuriat yang soleh dan comel.

 p/s : kalau aku cakap dengan abah yang aku nak cari calon suami, agak-agak dia pengsan tak? hahaha...
 ~~ kredit kepada sumber-sumber blog lain untuk hadis2...

Wednesday, January 18, 2012

Tak Sabar Nak Balik


Assalamualaikum

Dah lama tak menulis dalam ruangan ni. Ceh, ayat macam sasterawan gitu, hehehe. Lately ni sangatlah busy dengan final exam. Paper berderet, penat otak. Oleh kerana ada gap 9 hari untuk paper last ni, dapatlah aku tengok jap blog aku yang dah bersawang ni. Kiranya ni la entry pertama aku untuk 2012. 

Esok adalah paper aku yang terakhir, so aku sangat-sangat harap dapat buat yang terbaik. Chiayok-chiayok!! Lepas tu aku boleh la balik ke rumahku syurgaku. Hehe, sangat tak sabar. Kepada family di rumah, nantikan kepulanganku. Sila sambut dengan karpet merah ok.