Monday, December 26, 2011

Part Paling Susah ~ Jadi MatchMaker


 The hardest thing to do is to watch the one you love, love someone else.
  
Sila angkat kaki bagi sesiapa yang pernah mengalami benda ni. Bagi yang memakai kain, anda disarankan tidak meniru aksi tersebut kerana dikhuatiri akan mendatangkan bahaya pada sesiapa yang melihat, hahaha. Aku saja je buat entry ni sebab terbaca kat fb kawan aku. Tau tak apa tu fb? Ala, muka buku yang macam najwa latif tu nyanyi.

Ok, berbalik pada cerita asal. Adoyai, apasal la nasib kawan aku ni sama dengan aku. Yang membezakan kami, dia ialah lelaki, aku ni wanita solehah + cute miut gitu (plizz, nak uwek baca). Hmm, kenapa lak leh jadi macam tu ye. Dia tak luahkan perasaan kat awek tu ke? Aik, takkan la tak berani, muka dah sebijik macam undertaker. Siyes(serius) aku tak tipu. Dia tu bonzer(betul ke aku eja ni. Erk, lantak la) kot. Tapi realitinya, banyak muka ganas, cam yakuza. Tapi dalam hati ada taman, air terjun yang mendamaikan, burung-burung terbang berkicauan.

Macam seorang kawan aku ni, dia suka sangat suruh aku carikan awek untuk dia. Aku ni punya la bermati-matian tak nak tolong. Dia lak sedih, cakap aku sampai hati tak nak tolong. Adoi. Dey tambi, ada banyak sebab la kalau seseorang tu tak nak tolong. Meh aku tolong catatkan ye.

  • bila ada apa-apa masalah berlaku antara kau dengan kekasih kau, kawan yang jadi matchmaker tak nak rasa bersalah. Yela, mesti nanti kau cakap, "kau la yang kenalkan dia kat aku." Ha, tak ke haru jadinya. 
  • malas nak jadi penghubung cinta korang yang baru nak berputik. Jenuh tau nak jadi posmen cinta ni. Bukan dapat upah pun. 
  • bila korang bergaduh, yang si matchmaker ni pulak jadi mangsa. Nak kena dengar luahan hati korang. Nak sebelahkan mana-mana pihak tak boleh la pula, dua-dua kawan. Adeh, strok kejap otak dibuatnya.  
  • kalau si fulan ni merajuk, si awek/pakwe akan tepon si mangsa tanya apa kekasih dia tengah buat. "Tolong check kejap dia buat ape. Tolong suruh dia jawab tepon. Tolong tengok-tengokkan dia, takut dia buat benda bodoh. Tolong bangunkan dia dari tido yang panjang". Haa, yang bangunkan tido tu agak melampau ye. Aku pon bangun sendiri. Tapi bila dah baik, pernah ke korang hargai ape kawan korang pernah buat tu. Aku ni contoh mangsa keadaan walaupon aku bukan matchmaker diaorang. Bila aku ada masalah dengan awek dia, terus aku dipulaukan oleh laki durjana ni. Tak ingat ke, aku yang tolong kau dulu. Hampeh punya kawan. 
  • sebenarnya perempuan or lelaki tu suka kat ko. Adeh, ko memang lampi (lambat pick up). Mana ada orang nak tolong jadi match maker untuk orang yang dia suke. So, jangan la suka-suka suruh orang carikan pasangan untuk korang ye. Naya kawan korang tu.

Banyak lagi sebab-sebab tapi aku dah kering idea nak menulis. Aku kena sambung buat kerja ni. Kalau aku dapat idea lagi, nanti aku update.

p/s : entry ni ditujukan kepada sesorang tapi dia tak baca. sebab dia tak tahu aku ada blog, kahkahkah ^__^ 

Saturday, December 17, 2011

Aku Insomnia ke? Apa itu Insomnia


Okey, aku ada 1 masalah besar sejak masuk u ni. Aku susah sangat nak tido kalau badan aku belum letih sepenuhnya. Bila tido pulak, aku tak boleh dengar apa-apa bunyi. Cepat je aku bangun balik. Adoi, aku jadi letih sangat-sangat. Aku nak sangat tido yang berkualiti.

Jadi, aku try la search kat internet pasal tido yang bekualiti ni. Then, aku dapat benda ni :


Insomnia - Gangguan Tidur Waktu Malam

by Najibah Hassan

RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

''Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang. (Ok, aku sangat xsuka caffein sebab aku mudah pening bile minum)

''Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.
Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia) - aku alami benda ni
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

"Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya. (aku rasa aku tension kot sebab banyak keje nak final nak dekat)

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

"Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya

"Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.

Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.

Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)

Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:
a. Tahap I - Rasa mengantuk 
b. Tahap II - Tidur-tidur ayam 
c. Tahap III dan IV - Tidur mati.

Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)

Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.

Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa. Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.

Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur. 

"Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari. Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya. 

Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.

Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri. Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.

"Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. 

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.
  
Jenis insomnia
* Insomnia primer   Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan. 
* Insomnia sekunder   Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang   dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri 
* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri 
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala 
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea) 
* Epilepsi 
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati 
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam 
* Penyakit Parkinson 
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu   sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku 
* Rest leg syndrome 
* Pedih hulu hati 
* High altitude insomnia 
* Angin ahmar 
* Penyakit Alzheimer 
* Ketumbuhan otak 
* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada: 
* Insomnia akut   Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah: 
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindahb. Sakit yang ringanc. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik   Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih.Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP 
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari* Elakkan tidur pada waktu tengah hari* Melakukan senaman dengan kerap* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam* Jangan merokok* Belajar menangani tekanan* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
Sumber Dari: www.utusan.com.my

p/s : Ok, aku dah faham apa itu insomnia. Lepas ni aku boleh la cerita kat siapa-siapa yang ada masalah tido. Buat macam aku profesor, muahaha. Aku nak pergi cari mangsa untuk memoyokan diri aku depan diaorang :P

Friday, December 16, 2011

Sang Ikan Yang Sweet

Assalamualaikum...

Tadi aku pegi jogging kat tasik u aku. Lepas jog tu aku duduk la berehat melepaskan lelah. Padahal aku lari tak sampai satu round pun, kahkahkah. Tak leh blah, jantung aku rasa nak meletup je. Mungkin sebab aku dah lama tak lari or badan aku makin mendebab. Hahaha. Okey, yang sebab kedua memang tak leh pakai sebab aku kurus cekeding, berat tak sampai 50 pun padahal aku tinggi (tinggi la sangat, baru 162cm :p)

Lepas jogging, aku pun duduk kat jambatan tengok air parit yang mengalir dari tasik tu. Untuk makluman, parit tu besar, dan airnya bersihlah juga. Aku ni memang jenis suka tengok keindahan alam, best sangat. Sedang melayan blues sorang-sorang kat situ, aku nampak ada seekor ikan. Seronok pulak leh nampak ikan, macam menang cabutan bertuah, hahaha. Aku tenung je ikan tu. Lepas tu ada lagi seekor ikan besar datang.

Aku tak tahu pulak ikan tu bapa ikan yang kecik tu or sang jantan yang nak mengurat sang betina. Ikan tu duduk di antara rumpai air, men cak-cak la pulak. Sang jantan ni berenang slow-slow kat si betina. Eceh, macam gaya laki mengurat la pulak ( dalam hati aku). Yang si betina ni pulak lari, pegi menyorok kat rumpai air. Hahaha, dah sebijik macam filem hindustan pulak aku tengok dua ekor ni. Lepas tu si jantan pegi mengurat lagi, tapi tak di layan.


sang teruna : hai...amboi, lajunya...meh la kenalan dulu...
sang dara : hei you!! don't touch me!!! I habaq kat daddy I nanti...


Agaknya sebab frust, dia pon berpaling. Merajuk la tu konon. Aku tunggu je kot-kot ada pergerakan seterusnya. Tapi hampeh, si jantan dah mengaku kalah. Adoyai. Oleh kerana dah lama sangat aku tunggu, aku pun blah dari situ. Yela, dah nak masuk maghrib, tak elok anak dara macam aku ni berkeliaran (blushing sebab panggil diri anak dara, hahaha). Masa jalan nak balik bilik tu, aku teringat je ikan 2 ekor tu. Sweet la pulak, macam orang sekarang becinta. Hahaha.

p/s : Tapi kadang-kadang orang sekarang ni terlebih advanced, senang je nak didekati.


Wednesday, December 14, 2011

Fall In Love? Not Now


meeting you was fate 
becoming your friend was a choice 
but falling in love with you was a beyond my control

It's hard to control our heart. I'm try so hard no to fall in love. When I pray, I begged Allah to set my heart so as not to fall in love at this moment. I hope our friendship will last forever.