'Best la pula tengok abang angkat aku ni main game', sekadar berkata di dalam hati.
Aku dengan Liya tersenyum-senyum menonton perlawanan yang berlangsung depan mata. International championship live depan mata pula tu, bukan selalu dapat tengok. Nak pergi luar negara rengok live macam ni memang tak dapatlah. Berkepuk-kepuk duit la nak bawak ke sana. Baik aku simpan nak pergi Mekah. Ewah, baik tak niat aku tu. Tiba-tiba seorang pemain Malaysia menghampiri aku.
"Hai, tengok abang main ke?"
Aku sekadar tersenyum malu. Aik, bila pula dia tahu aku adik angkat salah seorang pemain Malaysia tu. Ish, abang aku ni pun, cakap la dengan aku dulu. Malu aku dibuatnya, mana nak di cover muka aku ni. Bukan taraf angkat-angkatan adik beradik angkat ni kami rahsiakan dari orang lain ke.
Perlawanan abang Naim pun tamat. Dia pun datang menghampiri aku. Dia terkejut sebab aku tak beritahu nak datang.
"Bila Nia sampai ni?"
"Dah lama, dari start abang main tadi".
"Kejap ye, abang nak ganti baju dulu. Then, kita keluar pergi minum".
"Okey".
Tak lama selepas tu abang Naim datang.
"Jom kita pergi, tapi abang bawa kawan tau".
"Nia pun sama ni. Nia datang dengan kawan. Boleh tak?"
Abang Naim senyum dan menggangguk, "Boleh saja".
Kami pun menuju ke kereta dan singgah di sebuah restoran. Aku mengambil tempat di hadapan rakan dia. Manakala Liya duduk bersebelahan denganku. Aku dan Liya hanya memesan air, manakala mereka memesan rojak.
Dari situlah aku mula berkenalan dengan rakan abang Naim, dan mula berborak-borak. Namanya Hazriq. Kelakar juga orangnya. Cara kami berborak macam dah kawan lama. Sampai boleh lupa abang Naim kat depan, hahaha. Usai berborak, kami pulang semula ke gelanggang. Aku dan Liya menonton perlawanan sehingga pukul 5 petang.
"Liya, nak balik tak?"
"Jomlah, aku pun dah penat ni".
Aku pun nak beredar tapi tak dapat nak jumpa abang Naim sebab dia masih dalam perlawanan lagi. Kemudian Hazriq menegur aku.
"Nia, nak nombor telefon boleh tak?"
Aku senyum, dah tahu sangat maksud dia tu.
"Ambil la, 0123456789".
"Okey, thanks."
Dah tahu sangat kalau orang mintak nombor telefon aku tu bukan sebab nak nombor aku sebenarnya. Apa lagi kalau bukan nak pikat kawan aku yang cantik jelita tu. Kadang-kadang bosan juga jadi posmen ni, tapi nak buat macam mana kan. Kawan semua cantik-cantik, aku je kurang.
Selalu la juga aku complain kenapa tak cantik macam orang lain. Apa lagi, Mrs. Bonda pun mula la nak membebel kalau aku complain.
"Bersyukur la awak tu sempurna semuanya. Tak cacat apa-apa pun".
Aku dah siap boleh hafal skrip mak aku tu, tak lari punya lah. Macam dengar tape yang di rewind je.
p/s : kena buat part sebab aku tak reti nak bercerpen bagai ni. kalau ada idea aku tambah lagi.
