Saturday, August 17, 2013

Kau Milikku Kijiya


Assalamualaikum w.b.t

Lama beno rasanya tak menulis kan. Sempena hari raya yang mulia ini, saya ingin menyusun 10 jari meminta maaf jika ada terkasar bahasa yang boleh mengguris hari nurani jiwa bangsa anda semua ye. Almaklumlah, menulis ikut suka hati je. Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Saja nak cerita ni. Hari tu aku ada borong buku dari gempak starz sebab aku ni peminat tegar si Zint. Tau tak Zint? Penulis dan pelukis komik tu. Pernah baca Under18 tak? Haa, dia la tu. Aku ni punya la suka kat dia, hampir semua aku beli. Yang the latest Kijiya. Aku beli sampai jilid 4 je. Disebabkan oleh kesempitan poket ketika itu kerana aku masih belajar, aku terpaksa berhenti melayan semua komik dia. Sangat sedih melihat komik itu di rak sambil mendengar bisikannya " Ya, marilah sini. Belilah aku". Sambil tu boleh pula aku nampak gambar kat cover buku tu seakan menari-menari menggoda aku mendekatinya. Namun, disebabkan iman yang masih kuat terpasak di akar tunjang, maka aku pun berlalu berlari-lari anak menepis segala godaan yang amat kuat itu. Air mata pun turun laju membasahi bumi. Ok, tu nampak sangat klise kan. Bab lari dengan air mata tu takde pun. Ha-ha-ha.

Tapi masa aku meround di page gempak starz ni, aku pun nampak la buku kijiya dari jilid 5 sampai 10. Terketar-ketar la tangan aku mau meng'order' buku tu. Dengan tidak peduli jumlah duit yang bakal keluar, aku pun menekan butang order satu demi satu. Terasa kepuasan sangat apabila dapat melunaskan segala yang terpendam sekian lama. Aku membeli 2 buku tambahan sebagai hadiah kepada diri kerana berjaya melawan rasa takut membeli buku kijiya. Ha-ha-ha. Maka terbanglah duit raya aku. Dengan ini, aku tersangat lah happy sampai nak show off buku yang aku beli. Siap dapat sampul duit raya lagi. Humph humph (kembang kempis hidung).


Ni lah buku Kijiya yang berjaya menjadi koleksi peribadi. Bila dah baca, letak balik dalam plastik. Punya la sayang. Comel je kan sampul duit raya tu. Memang aku simpan la, takkan bagi orang lain punya.

#aku memang suka kartun sangat2 sampai kena bising dengan abah sebab asyik layan animax.

Friday, January 4, 2013

Kau Bukan Milikku Part 1


'Best la pula tengok abang angkat aku ni main game', sekadar berkata di dalam hati. 

Aku dengan Liya tersenyum-senyum menonton perlawanan yang berlangsung depan mata. International championship live depan mata pula tu, bukan selalu dapat tengok. Nak pergi luar negara rengok live macam ni memang tak dapatlah. Berkepuk-kepuk duit la nak bawak ke sana. Baik aku simpan nak pergi Mekah. Ewah, baik tak niat aku tu. Tiba-tiba seorang pemain Malaysia menghampiri aku. 

"Hai, tengok abang main ke?" 

Aku sekadar tersenyum malu. Aik, bila pula dia tahu aku adik angkat salah seorang pemain Malaysia tu. Ish, abang aku ni pun, cakap la dengan aku dulu. Malu aku dibuatnya, mana nak di cover muka aku ni. Bukan taraf angkat-angkatan adik beradik angkat ni kami rahsiakan dari orang lain ke.  

Perlawanan abang Naim pun tamat. Dia pun datang menghampiri aku. Dia terkejut sebab aku tak beritahu nak datang.  

"Bila Nia sampai ni?" 

"Dah lama, dari start abang main tadi". 

"Kejap ye, abang nak ganti baju dulu. Then, kita keluar pergi minum". 
  
"Okey".  
Tak lama selepas tu abang Naim datang. 

"Jom kita pergi, tapi abang bawa kawan tau". 

"Nia pun sama ni. Nia datang dengan kawan. Boleh tak?" 

Abang Naim senyum dan menggangguk, "Boleh saja". 

Kami pun menuju ke kereta dan singgah di sebuah restoran. Aku mengambil tempat di hadapan rakan dia. Manakala Liya duduk bersebelahan denganku. Aku dan Liya hanya memesan air, manakala mereka memesan rojak. 

Dari situlah aku mula berkenalan dengan rakan abang Naim, dan mula berborak-borak. Namanya Hazriq. Kelakar juga orangnya. Cara kami berborak macam dah kawan lama. Sampai boleh lupa abang Naim kat depan, hahaha. Usai berborak, kami pulang semula ke gelanggang. Aku dan Liya menonton perlawanan sehingga pukul 5 petang.  

"Liya, nak balik tak?" 

"Jomlah, aku pun dah penat ni". 

Aku pun nak beredar tapi tak dapat nak jumpa abang Naim sebab dia masih dalam perlawanan lagi. Kemudian Hazriq menegur aku. 

"Nia, nak nombor telefon boleh tak?" 

Aku senyum, dah tahu sangat maksud dia tu. 

"Ambil la, 0123456789". 

"Okey, thanks." 

Dah tahu sangat kalau orang mintak nombor telefon aku tu bukan sebab nak nombor aku sebenarnya. Apa lagi kalau bukan nak pikat kawan aku yang cantik jelita tu. Kadang-kadang bosan juga jadi posmen ni, tapi nak buat macam mana kan. Kawan semua cantik-cantik, aku je kurang.  

Selalu la juga aku complain kenapa tak cantik macam orang lain. Apa lagi, Mrs. Bonda pun mula la nak membebel kalau aku complain. 

"Bersyukur la awak tu sempurna semuanya. Tak cacat apa-apa pun". 

Aku dah siap boleh hafal skrip mak aku tu, tak lari punya lah. Macam dengar tape yang di rewind je.


p/s : kena buat part sebab aku tak reti nak bercerpen bagai ni. kalau ada idea aku tambah lagi.

Wednesday, January 2, 2013

My LOvey Dovey Kekasih Ati

haiiiii...

Saje nak cerita siapakah yang bertakhta di hatiku selama ini. Siapakah insan yang malang tu. Jeng jeng jeng..
Onew

Inilah dia jejaka yang telah berjaya mencuri hatiku...itu je aku nak cerita..sekian~~~

p/s : saje tulis entri ni sebab nak upload gambo tu tok sesuatu..hohoho