Bila aku baca balik sume entri2 yang penah aku buat, kelakar pon ada. Oleh sebab kelakar + cam bodoh2 alang, aku pun taknak publish. Biar jadi draft jela. Rasa malu bila baca. Tak sangka pula entri yang paling sengal tu ramai pulak yang baca. Bak kata orang nogori, "buek malu jo." Aku ni bukan pandai sangat nak menulis ni, saja buat luahan perasaan kat sini. Bukan ada siapa2 pun yang kenal aku.
Mesti korang macam curious nak tahu entri mana yang mendapat sambutan hangat2 tahi ayam pembaca tu kan. Aku malas nak bagitahu. Kalau aku bagitahu pun, bukan korang boleh tengok. Kakaka. Biar la entri modo (bodoh) tu jadi pekasam. Tapi kalau nak tahu gak, tunggu la ye. Nanti bila aku dah tua, aku bagi la password blog ni kat cucu aku, suruh dia publish. Itu pun kalau korang masih ada lagi kat dunia ni and masih berminat dengan entri modo tu. Dan kalau aku masih ingat lagi passwordnya time tu :p
So, kepada sesiapa yang baca, jangan berharap sangat la yang aku akan tulis cerita best2 sebab aku bukan novelis macam Ramlee Awang Mursyid. Leh tulis cerita thriller2. Jangan kata triller, romantik pun aku tak tahu. Al maklumlah, jiwa masih suci murni lagi dari cinta2berukmonyet ni. Tak caya aku tak pernah bercinta? Percayalah!!! << sila sebut seperti nyanyian Siti Nurhaliza. Uik, aku mana reti bercinta-cinta ni. Nak fokus study dulu atenya (katanya). Aku kan pelajar contoh, cemerlang, gemilang dan terbilang. Yela2, aku tahu korang nak muntah kan. Dipersilakan gi toilet. Jalan terus lepas tu kona (belok) kiri. Nampak signboard tandas awam tu, sila bayar 30sen ye.
Cakap pasal cinta ni, dah 2 orang kawan baik aku kahwin. Mest pelik kan, ape kena mengena dengan tajuk entri ni. Haa, mesti la takde kena mengena. Suka hati aku la nak cerita apa pun. Maap2, saya nampak cik akak yang tocang 2 tu dah berasap2 telinga. Ok, berbalik pada cerita 2 orang kawan aku tu, sorang dah jadi mak buyung. Sorang lagi baru je kahwin. aku taknak cerita kawan aku yang dah mengandung tu. Biarkan dia, kita cerita pasal lagi sorang ni ye.
Dipendekkan cerita, satu hari dia datang ke rumah aku. Masa tu aku tak ada, aku kat u. Tengah berhempas pulas telinga kawan aku, hohoho. Ok, tak kelakar. Aku tengah sibuk dengan projek ala2 mega aku tu. Dia pun datang nak bagi kad jemputan kahwin. Masa dia datang tu, dia jerit sekuat hati jantung peparu dan juga limpa dia, "makcik pakcik, saya nak kahwin." Punya la excited dia nak kahwin. Tak payah dah susah2 nak bagi kad jemputan, 1 kampung dah dengar dia jemput. Dah la perempuan, aishh. Tak habis2 la dengan kesengalan kawan aku sorang ni. Apa2 pun, dia kawan yang best, kutuk la macam pun, lampi (lambat pick up). Kalau aku bohong pun dia caya, teruk bedul kawan aku tu. Hope lepas kahwin ni hilang la bendul tu ye, hehehe. Harap perkahwinan kau berkekalan sampai la ke hujung nyawa. I leb u my friend ^__^ So, dengan ini tamatlah cerita aku. Nak tidur, esok nak berlepas ke Larkin la pulak. Maklumla bisnes beso (haktuihhh!!!!!).
p/s : tak tahu nak p/s apa. hahahaha. selamat malam semua.