''Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum
caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah,
maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor
dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan
Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof.
Dr. Raymond Azman Ali.
Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas
tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi
laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.
Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap
melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa. Rakaman
ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.
Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai
keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh
piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.
"Secara puratanya, sebahagian besar individu
memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.
Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya
sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.
Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan
bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau
menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan
ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.
Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos
yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang
menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri. Bagaimanapun, pil tidur hanya
akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar
memerlukan.
"Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit
perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur
secukupnya,'' ujarnya.
Apa
itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti
tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap
insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi
harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan,
menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah
tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih
sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian.
Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.
Jenis
insomnia
* Insomnia primer Seseorang yang
menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder Seseorang yang
menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin
disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit
kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi,
paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu sejenis
penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain
Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai.
Insomnia juga terbahagi kepada:
* Insomnia akut Berlaku dalam
jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia
biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian
orang yang disayangi, berpindahb. Sakit yang ringanc. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu
panas atau sejuk,d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik Berlanjutan
sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih.Ia berpunca daripada banyak sebab seperti
kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.
TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari* Elakkan tidur pada waktu tengah hari* Melakukan senaman dengan kerap* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan
minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh
pada lewat petang atau malam* Jangan merokok* Belajar menangani tekanan* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
Sumber Dari: www.utusan.com.my
p/s : Ok, aku dah faham apa itu insomnia. Lepas ni aku boleh
la cerita kat siapa-siapa yang ada masalah tido. Buat macam aku profesor,
muahaha. Aku nak pergi cari mangsa untuk memoyokan diri aku depan diaorang :P
No comments:
Post a Comment