Sunday, February 6, 2011

Rasa Hati Ini

Teringat aku kenangan lalu
Saat perkenalan kita dahulu
Kau lucu dan aku pula kaku
Mungkin kerna perbezaan umur kau dan aku

Aku gembira berkawan denganmu
Aku kata padamu bahwa aku tak seperti perempuan di luar sana itu
Aku ganas dan tak menjaga tingkah laku
Aku bukan jiwang mahupun pemalu
Tapi kau menyanggah kata-kataku
Kau katakan aku cukup indah di matamu

Semakin lama kita semakin serasi
Bersenda gurau tak kering gusi
Ku sangkakan matahari sentiasa menyinari
Rupanya hujan di tengah hari

Tanpa ku sangka aku telah melukakanmu
Aku menolak huluran cintamu
Bukan ku sengaja tapi aku tidak tahu
Aku tidak faham maksudmu ketika itu
Aku fikir kau hanya mahu bergurau denganku
Tapi ternyata semuanya bukan palsu

Setelah terpisah baru aku menyedari
Sesungguhnya aku juga menyimpan rasa hati
Perasaanku terhadapmu bukannya ilusi
Ruginya aku kerna lambat mengerti
Bukan niatku menolak tetapi berhati-hati
Aku tak mahu terlalu ikut kata hati
Terlalu banyak yang perlu ku fikir lagi

Aku hanya manusia dengan sekeping hati
Ingin disayangi dan menyayangi
Tetapi biarlah dengan redha Ilahi
Kan ku simpan rasa hati ini

Kini kau telah pergi jauh dariku
Kau telah memilih teman baru
Betapa aku sedih kehilanganmu
Tetapi aku sedar semua ini hanya dugaan bagiku
Semoga kau berbahagia dengan kekasihmu

Bukan mudah mencari pengganti dirimu
Semoga Allah mengabulkan permintaanku
Untuk mendapat teman yang membimbingku
Tak perlu cinta terburu-buru
Biarlah cintaku dalam ikatan yang diredhai-Mu



p/s : 1st time tulis, cuba2 je...maaf kalo xbest sbb sy bukan org jiwang...

No comments:

Post a Comment